Akudankamu
Kau jiwa ku dan ku cinta kamuRamadham kali ini merupakan ramadhan yang ketiga Fazlin berpuasa seorang diri tanpa kehadiran insan bergelar keluarga. Bagi dirinya, tiap-tiap hari tiada bezanya kerana dia sentiasa keseorangan kecuali dengan kehadiran teman serumahnya iaitu Ija. Ija sahajalah keluarga baginya malahan, keluarga Ija sendiri telah mengenali Fazlin walaupun Fazlin hanya sekali berjumpa dengan keluarga Ija.
Fazlin lebih gemar menghabiskan masa di perpustakaan dan ada kalanya di cafe. Kebiasaannya, apabila jarinya mula menekan butang-butang di komputer ribanya tiada apa lagi yang akan difikirkan melainkan tugasan yang sedang dilakukan. Sikap itu yang membuatkan Fazlin tidak bosan bersendirian. Hampir setiap hari dia akan ke perpustakaan dan menghabiskan masa di sana walaupun dalam bulan ramadhan.
Pada suatu hari ketika semua penuntut di universiti sedang sibuk mencari juadah untuk berbuka puasa, Fazlin masih sibuk menyiapkan tugasannya di perpustakaan. Sedikit pun tidak terdetik di fikirannya tentang juadah berbuka. Satu per satu tugasannya disiapkan. Dari tamat kelas di sebelah pagi sehingga ke petang. Tetapi, apabila telefon bimbitnya berdering, baru lah jarinya berhenti daripada menaip di komputer ribanya. Itupun hanya sebelah tangan sahaja sementara tangan sebelahnya masih menaip ketika dia menjawab panggilan rakannya.
“Hello, Ija, ada apa kau call aku ni? Aku tengah siapkan tugasan aku ni”.
“Woi! Kau ni tak tau berhenti ke? Dah nak berbuka dah ni. Balik lah kejap berbuka dulu lepas tu kau sambung lah balik buat tugasan kau tu dekat rumah”
“Aku….”.
Tiba-tiba Fazlin terdiam seketika apabila melihat seorang lelaki berdiri di depan matanya sambil tersenyum sedangkan semua penuntut melayu islam sudah pergi untuk berbuka puasa. Kebetulan waktu itu cuma ada Fazlin seorang sahaja yang di tingkat dua perpustakaan itu. Penuntut lain semuanya berada di tingkat bawah.
“Faz! ala kau ni, cakap dengan aku pun boleh buat kerja lain. Kau balik tak? Faz! Oi! Faz!!!.”
Ija berasa marah dengan sikap Fazlin yang tidak menghiraukannya. Fazlin terus membisu walaupun Ija memanggil namanya. Fazlin mula berasa tidak senang duduk apabila fikirannya mula memikirkan perkara-perkara negatif yang sering berlaku di situ.
“Ija, kejap”.
Fazlin segera mengemas barang-barangnya kerana bimbang akan keselamatannya apabila lelaki yang berdiri di hadapannya tidak beranjak mestipun melihat Fazlin dalam keadaan ketakutan. Selepas mengemas barang, Fazlin segera mencapai telefon bimbitnya.
“Ija, kalau apa-apa jadi pada aku kau tolong aku okay”
“Faz, kenapa ni? Faz!”
Fazlin terus mematikan panggilan dan melangkah pergi dari perpustakaan dengan segera.
“Awak. Jangan lah lari”.
Lelaki tersebut memanggil Fazlin dengan nada perlahan. Fazlin pula secara automatik berhenti melangkah sebaik sahaja lelaki tersebut memanggilnya . Waktu itu, rasa takut dalam diri Fazlin membuak-buak. Lelaki tersebut menghampiri Fazlin apabila Fazlin berhenti melangkah.
“Saya bukannya hantu, dari tadi saya perhatikan awak seorang diri dekat sini, maaf kalau buat awak takut”.
Fazlin yang pada awalnya berasa takut mula mendapat kembali keberanian lalu menoleh kearah lelaki tersebut. Tetapi sebaik sahaja dia menoleh, lelaki itu sudah tiada lagi. Fazlin terasa seperti darahnya kering apabila lelaki yang berdiri di hadapannya hilang begitu sahaja. Kakinya mula berasa berat untuk melangkah, jantungnya pula berdegup laju, badannya mula berasa sejuk. Fazlin yang ketakutan hanya mampu membaca ayat kursi sebagai pelindung diri jika benar lelaki itu adalah mahluk yang tidak diundang.
Tiba-tiba,
“Awak cari saya ke?”.
Lelaki tersebut berdiri di belakang Fazlin. Fazlin yang terkejut menjerit sekuat hati sambil menutup matanya.
“Awak jangan menjerit ini perpustakaan,(Dengan nada cemas) saya bukan orang jahat. Saya Johan budak satu cos dengan awak”.
Fazlin terdiam apabila Johan mengenalkan dirinya.
“Awak bukan hantu?”.
Johan hanya ketawa apabila soalan itu diajukan kepadanya.
“Faz, kalau saya hantu, saya dah lama cekik awak. Saya sebenarnya dah lama perhatikan awak dan saya nak ajak awak berbuka dengan saya hari ni. Sudi?”.
“Johan kan? Sebenarnya saya tak kenal awak jadi saya tak nak ambil sebarang risiko. Lagi pun sekarang dah pukul 7.30p.m, nak berbuka dah lambat. Maaf ya”.
Fazlin terus mengatur langkah menuruni tangga ke tingkat bawah untuk ke pintu keluar.
Johan hanya akur dengan keputusan Fazlin. Tiba-tiba Johan berlari mendapatkan Fazlin yang sedang melangkah meninggalkan perpustakaan.
“Awak nanti! Awak ambil kunci kereta saya, awak pandu kereta saya. Masih sudi makan malam dengan saya?”.
“Dah makan malam pula”.
Fazlin merenung tepat ke muka Johan yang penuh dengan harapan. Fazlin berfikir sejenak.
“ Okay, saya setuju dengan cadangan awak”.
“ Terima kasih. Salam perkenalan dari saya”.
Johan menghulurkan tangannya sebagai tanda persahabatan.Fazlin menyambut salam perkenalan Johan dengan senyuman. Lantas, mereka pun bertolak ke gerai berdekatan untuk makan malam.
Di gerai yang ramai pengunjung, Johan cuba untuk lebih mengenali hati budi Fazlin yang merupakan wanita yang dia minati sejak dari tahun pertama mereka di universiti itu tetapi dia tidak berani untuk menzahirkan perasaan itu kepada Fazlin.
“Faz, awak pernah perasan tak saya sebelum ini?”.
“Pernah la. Tapi tak tergerak pula hati untuk kenal awak. Kenapa awak tanya?”.
Johan terdiam seketika seperti memikirkan sesuatu. Fazlin berhenti menjamah makanan sebaik sahaja melihat Johan membisu seribu kata. Berkali-kali Fazlin memanggil Johan tetapi sedikit pun tidak Johan hiraukan. Fazlin menepuk tangan Johan dan barulah Johan sedar dari lamunan.
“Kenapa, ada masalah ke? Kalau ada, baik awak balik fikir cara untuk selesaikannya”.
“Tak lah, saya tak ada masalah pun”.
Johan cuba menghilangkan perasaan gemuruhnya ketika berdepan dengan Fazlin dengan mengubah pandangannya ke arah orang ramai yang sedang mengerumuni satu kawasan. Di hati Johan terdetik satu perasaan ingin tahu apa yang berlaku di sana.
“Faz, awak perasan tak orang ramai kat sana tu?”. sambil menunding jari kearah tempat tersebut.
“Perasan, kenapa?”.
“Kita pergi tengok apa terjadi kat sana”.
Tanpa menunggu kata putus Fazlin, Johan terus bangkit dan beredar ke tempat yang dikerumuni orang ramai. Perlahan-lahan Johan melangkah sambil memimpin tangan Fazlin.
“Awak, kalau nak tahu pun apa terjadi dekat sini, jangan sampai pimpin tangan saya. Saya masih boleh jalan sendiri. Belum buta lagi”.
“ Maaf. Saya tak perasan yang saya pimpin awak. (Tersipu malu) Awak kejap”.
Johan meninggalkan Fazlin seketika apabila terlihat sebuah kereta milik Hana yang merupakan bekas kekasihnya. Keinginannya untuk melihat apa yang orang ramai kerumuni hilang sebaik sahaja dia terlihat kereta Hana.
“Ini kereta Hana. Tapi apa yang dia buat dekat sini?”.
Johan berbisik di dalam hatinya sambil melihat sebuah disco tidak jauh dari situ. Dihatinya mula terdetik, adakah Hana pergi ke sana walaupun dalam bulan yang mulia ini.
Saat itu juga hati Johan kembali terdetik untuk pergi melihat tempat orang ramai kerumuni. Tetapi langkahnya terhenti apabila di sapa oleh temannya.
“Jo! Kau buat apa dekat sini?”.
“Murad. Aku baru lepas berbuka dengan Faz”.
“Hai, berbuka apa malam-malam ni? Akhirnya dapat kau rialisasikan impian kau. So, apa hubungan kau dengan dia?”.
“Faz, teman wanita aku. Aku serious dengan dia”.
“Ganti Hana ke?”.
“Lebih kurang lah. Cakap pasal Hana, kenapa kereta dia ada dekat sini?”.
Murad hanya membisu lalu meminta diri untuk pergi. Air muka Johan berubah apabila memikirkan Hana.
“Johan, awak ada masalah ke? Saya tahu kita baru kenal tapi tak salahkan kalau saya bertanya”.
“Tak ada apa-apa. Pasal apa yang saya cakap pada Murad tadi, memang benar saya nak jadikan awak teman wanita saya. Awak sudi?”.
“Johan, itu kawan saya. Hana!”.
Fazlin tidak memberi sebarang jawapan. Sebaik terlihat Hana,Fazlin meninggalkan Johan dan berlari mendapatkan Hana yang dalam keadaan mabuk sebaik keluar dari kelab berhampiran.
“Hana, kau ni kenapa. Mabuk lagi? Ini kan bulan puasa”.
“Aku punya hal lah. Aku nak mampus pun bukan hal kau”.
Hana melangkah pergi dalam keadaan mabuk. Johan yang terkejut melihat Fazlin yang sebenarnya mengenali Hana hanya mampu berdiri merenung Fazlin dari jauh. Fazlin yang kehampaan melihat rakan seperjuangannya rosak ahlaknya cuba meminta bantuan Johan untuk membantu Hana . Fazlin melangkah ke arah Johan dengan air muka kehampaan.
“Johan, saya kenal Hana. Awak pun kenal dia kan?. Kalau awak pernah sayang dia, tolong saya nasihatkan dia. Boleh kan? Anggap dia sebagai kawan baik awak”.
“Faz, saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia lagi. Awak tak boleh paksa saya, kita baru kenal kan”.
“Saya tahu tapi tolong lah saya. Saya janji akan buat apa sahaja yang awak minta asalkan awak tolong Hana”.
“Walaupun maruah? Awak sanggup? Sanggup awak berkorban untuk manusia macam dia tu”.
Fazlin terdiam sebaik sahaja dia sedar akan apa yang dia telah janjikan pada Johan akan memusnahkan masa depannya. Tetapi disebabkan dia perlu melindungi dan rasa sayangnya sebagai seorang rakan dia rela lakukan apa sahaja.
“Yang itu saya akan pertimbangkan. Dia kawan saya walaupun kami tak rapat”. Fazlin berubah menjadi sedih dan tafsirannya terhadap Johan mula berubah. Lalu Johan melangkah mendapatkan Hana yang berdiri berhampiran keretanya. Hana yang masih mabuk cuba melarikan diri sebaik sahaja melihat Johan melangkah ke arahnya.
“Hana nanti”. Johan cuba menahan Hana dengan menarik tangan Hana. “Awak nak lari ke mana?. Kalau malu tak masuk akal sebab orang mabuk memang tak ada rasa malu dalam diri”.
“Jo, saya memang malu dengan awak. Kalau boleh saya tak nak jumpa awak lagi sebab saya hubungan kita berakhir. Saya kesal”.
“Tak ada apa yang perlu di malukan lagi Hana. Tapi sepatutnya rasa kesal yang ada pada awak seperti rasa kesal saya dan Fazlin apabila lihat keadaan awak yang terus hanyut dengan dosa. Mana janji awak dulu?”.
Hana hanya merenung wajah Johan sebaik sahaja Johan mengungkit kata-kata janjinya pada dirinya sendiri dan pada Johan. Air mata mula jatuh sebutir demi sebutir membasahi muka Hana yang putih kemerah-merahan. Hana menundukkan kepalanya agar Johan tidak melihat air mata yang jatuh ke mukanya.
“Saya akui saya gagal tunaikan janji saya. Saya gagal tapi saya masih ingin berubah. Saya mahu berubah”.
Johan mendekati Hana lalu memegang bahu Hana. Hana terus merenung wajah insan yang pernah di cintai dahulu.
“Hana, kalau awak tak berubah sekarang saya takut awak tak akan berubah sampai bila-bila. Kalau boleh saya nak tolong awak tapi bila saya cuba dekati awak selepas kita berpisah saya teringatkan kata-kata awak dahulu. Kata-kata yang memilukan hati saya”.
“Kau budak kampung tak macam aku budak bandar. Kita tak setaraf. Kau hanya layak bercinta dengan anak pengemis, bukan anak orang berada macam aku”.
Johan terdiam apabila Hana mengulangi kata-kata yang pernah dia ungkapkan padanya sebelum mereka berpisah. Perlahan-lahan Hana menempis tangan Johan dari bahunya. Lantas, Hana mengatur langkah memasuki keretanya dengan langkah terhuyung-hayang. Johan seakan sekali lagi merasai peristiwa pahit yang pernah dialami. Kali ini, Johan hanya membisu membiarkan Hana pergi dalam keadaan mabuk. Melihat Hana pergi, Fazlin terus mendapatkan Johan yang membisu.
“Awak, awak tak apa-apa?. Kalau apa yang saya minta awak lakukan membuat awak sedih, maafkan saya. Saya tak berniat untuk……”.
“Saya tahu Faz, awak sayangkan Hana tapi tolong jangan minta saya buat macam ini lagi. Saya tak mampu”.
“Kenapa? Bukan ke awak yang tinggalkan dia dahulu. Saya tahu lelaki semua sama”.
“Jangan cakap kalau awak tak tahu perkara sebenar!”.